TAB

Sunday, August 25, 2019

PANDUAN VIDEO GOOGLE CLASSROOM BAHASA MELAYU [BM]

PANDUAN ADMIN SEKOLAH

1. Panduan Google Classroom : Peranan Admin Sekolah - Pengurusan Akaun Shortcut

2. Panduan Google Classroom : Peranan Admin Sekolah - Pengurusan ID Guru & Murid

3. Panduan Google Classroom : Peranan Admin Sekolah - Pengurusan Kelas Secara Pukal

4. Panduan Google Classroom : Peranan Admin Sekolah - Reset Password

5. Panduan Google Classroom : Peranan Admin Sekolah - Semak Status Log In

Playlist Youtube (Peranan Admin Sekolah)

PANDUAN GURU 

1. Panduan Google Classroom : Peranan Guru - Daftar Kelas Subjek

2. Panduan Google Classroom : Peranan Guru - Hantar Tugasan

3. Panduan Google Classroom : Peranan Guru - Hantar Kuiz

4. Panduan Google Classroom : Peranan Guru - Tanya Soalan

5. Panduan Google Classroom : Peranan Guru - Berkongsi Bahan (Material)

6. Panduan Google Classroom : Peranan Guru - Guna Semula Post (Reuse Post)

7. Panduan Google Classroom : Peranan Guru - Penandaan Markah Tugasan

8. Panduan Google Classroom : Peranan Guru - Eksport Markah Analisa Tugasan

Playlist Youtube (Peranan Guru)

PANDUAN MURID

1. Panduan Google Classroom : Peranan Murid - Sertai Kelas

2. Panduan Google Classroom : Peranan Murid - Jawab Tugasan

Playlist Youtube (Peranan Murid)

Tuesday, August 20, 2019

PROGRAM KOLABORATIF PBL KmR THN 5, 2019

Jom tonton video Project Base Learning yang julung julung kali dijalankan oleh SK Chendering dengan kerjasama SK Kubang Ikan, SK Pendidikan Khas dan kilang keropok Pok Latiff.


Video ini dikuasakan oleh TVPSS SK CHENDERING

Wednesday, July 31, 2019

MOTIVASI PENDIDIK GEMILANG.

1. Hormati org lain sebelum inginkn org lain menghormati kita.

2. Jangan tanya apa yg org lain buat, tanya apa yg patut kita buat.

3. Sentiasa mendengar pendapat org lain wp mungkin pendapat kita adalah betul.

4. Menjaga hubungan dengan org lain termasuk ibu bapa dlm sama2 mendidik ank2 didik kita.

5. Sentiasa bekerja dgn amanah.

6. Berniat untuk mendidik bukanlah untuk memandaikan. Namun, berusaha sedaya upaya meningkatkn prestasi murid kita.

Sekian.

Monday, July 22, 2019

WAJAH DUNIA DAN NASIB TERGANTUNG SIAPA YANG MEMANDANGNYA

Orang positif, melihat banyak kebaikan dimana-mana..
Orang negatif, melihat banyak keburukan dimana-mana..

Orang pemarah, melihat banyak ketidakadilan dimana-mana..
Orang bijak, melihat banyak kebajikan dan peluang dimana-mana..

Orang bahagia, melihat banyak kegembiraan dimana-mana..
Orang susah, melihat banyak penderitaan dimana-mana..

Orang yang hatinya berlimpah banyak cinta,
Melihat ada banyak keindahan, syukur, cinta, dan kedamaian dimana-mana..

Ketahuilah bahawa semua orang didunia tetap mempunyai masalah atau dugaan atau ujian yang tersendiri, ia bergantung pada seseorang itu tentang bagaimana ia melihat masalahnya, dugaannya atau ujiannya sebagai sesuatu yang perlu ditukarkan kepada positif, sesuai dengan sebuah petikan ayat Quran surah Al Insyirah bahawa setiap kesukaran pasti akan disertai dengan kemudahan.

Kita tidak perlu lari dari masalah, kita perlu hadapi masalah tersebut dengan melihat sisi positif dan yang negatif untuk dijadikan pengalaman dan pengajaran hidup, kerana masalah itu penguat jiwa, ketabahan hati, dan menjadikan kamu lebih hebat dan kuat dalam menghadapi hari harimu.

Selalulah memandang dunia dengan mata hati yang penuh rasa syukur, membuat semua tampak indah dan membahagiakan, teruskan hidupmu yang hebat dengan penuh syukur, bahagia dan mendamaikan.

KITA MEMUDAHKAN KERJA ORANG, ORANG AKAN MEMUDAHKAN KERJA KITA

Nasihat Pagi.

Kita memudahkan kerja orang, orang akan memudahkan kerja kita.

Namun, Allah swt akan mempermudahkan kerja di antara keduanya.

Tuan-tuan, dalam kita bekerja hendaklah mengamalkan sikap toleransi yang tinggi. Ketepikan ego masing-masing. Kadang-kadang kita melihat bilamana melibatkan kerja, ada di antara kita tidak ingin mengalah serta ego yg tinggi. Dalam dunia pendidikan hari ini, misalnya usahlah menunggu murid akan bertanya kita. Seharus kita berjiwa besar menanyakan permasalahan murid. Dengan mengamalkan sikap sedemikian, saya jamin dan hampir pasti murid-murid akan lebih dekat dengan kita dan lebih suka menceritakan masalahnya dengan kita.

Sekiranya kita sukar menyelesaikan masalah yang dihadapinya, dampingilah mereka dan setidak-tidaknya mendengar luahan mereka. Dengan itu, terserlah jiwa pendidik yg perlu ada baik ibu bapa, guru-guru dan warga pendidik yg lain.

Cubalah...inshaAllah, lama kelamaan jiwa ini melekat dan terasa manisnya menjadi seorang pendidik.

Ingat tuan-tuan

Monday, July 1, 2019

TUTORIAL 9: MENAMBAH SHEET HARI PADA ERPH

Baru baru ini, kita telah bercuti pada 10 jun 2019. Cuti tersebut ialah cuti yang di ambil sempena menyambut hari raya aidilfitri. Dan cuti itu di ishtiharkan sebagai cuti berganti.. iaitu kene ganti pada hari sabtu minggu berikutnya.. so kita sekolah pada hari sabtu.. macam mana dengan ERPH, sheet hari yang ada hanya ahad, isnin, selasa, rabu, khamis. Hari sabtunya mana??? Mende boleh adjust kita adjust lorrr.. jadi admin buat sedikit tutorial sambil makan rendang daging mak mertua. Kali ini tutorial kita try guna video pula.


Saturday, March 23, 2019

CARIAN ID FROG VLE UNTUK MURID DAN GURU

Masukkan IC Pada Petak Kuning Untuk Mendapatkan ID DAN PASSWORD Anda Kemudian click ENTER

Thursday, February 28, 2019

Program Coaching & Mentoring TS25 oleh Rakan Elit TS25 SKC kepada School Leader Team (SLT) SKC

27 Feb 2019 (Rabu)
8.30 pagi - 01.00 ptg

C&M kpd :-
1. Ust. Mohd Fitri bin Ngah (GB)
2. Cg Alias Mamat (PKP)

Bimbingan berkenaan :-
PA21
PBD
Pembelajaran terbeza
PLC
Coaching & mentoring

Terima kasih atas bimbingan dan panduan  TS25 oleh :-

1. En. Zakaria bin Ibrahim sisc+ ppdkt

2. Pn. Yusnita bt Md Yunos sisc+ ppdkt

Sekian, Terima kasih.

Skring : Pencetus Generasi Terbilang


Wednesday, February 27, 2019

TUTORIAL 8: CARA HANTAR ERPH

Cara yang boleh digunakan untuk menghantar ERPH..

1) Untuk ERPH versi Zairi, Sudah di sediakan link penghantaran, link tersebut terdapat pada Sheet "KHAMIS"..Boleh rujuk gambar (nombor 1)
Cikgu sila lihat pada link >>>>>hantarerphtba3011<<<<< disediakan dibahagian atas sebelah kanan..
Boleh rujuk gambar. (nombor 2)


   2) Untuk versi DR SAGA pula cara penghantaran memerlukan cikgu mengingat link berikut : >>>>>gg.gg/hantarerphtba3011<<<<<
Sila buka browser seperti google chrome, mozila firefox ATAU internet explorer pada laptop kita.. dan taipkan 'gg.gg/hantarerphtba3011' seperti contoh dalam gambar di bawah


 Cikgu akan dapat masuk ke Borang Hantar E-RPH seperti gambar di bawah..
masukkan ic dan nombor minggu dan click SUBMIT


Untuk melihat hasil setelah cikgu Hantar Borang E-RPH tadi, cikgu bolehlah semak menggunakan link berikut : gg.gg/semakerphtba3011

* Antara icon browser yang biasa digunakan seperti gambar di bawah


Tuesday, February 19, 2019

Gurau Pagi.. Jangan Marah ye Cikgu Comel dan Gantang

Pengetua Mustapah:
utk y bercita2 mnjadi guru...

Kalau ada hajat nak jadi cikgu pastikan anda ada ciri-ciri seperti berikut:

Boleh menjahit
Boleh memasak
Boleh memandu
Boleh melukis
Boleh buat design
Boleh berlakon
Boleh menyanyi
Boleh jadi pengacara
Boleh jadi selamba badak
Boleh bersukan
Boleh bertukang
Boleh berkebun
Boleh beli hadiah,bungkus hadiah,atau buat sendiri hadiah tu kena ada juga kepakaran menyediakan hamper tau
Boleh melompat-lompat macam budak2 juga
Boleh guna teknologi kalau tak reti menaip ko surrender laa awal2 nanti menyusahkan orang🙄

Pastikan juga anda mempunyai
Kereta
TAPI kalau ada MPV lagi bagus..kalau ada van atau bas laaaaagiiiii laaa bagus giler...lori pun okay what???🙄
Laptop
Handphone
Line internet yang laju tanpa loading
Printer
Mesin laminate
LCD projektor
Mesin photostat
Lebihan pen atau pensel untuk bagi anak murid kesayangan(yang datang ke sekolah bawak body jer🙄)

Dan kalau ada duit yang banyak pun lagi bagus boleh masuk tabung sekolah banyak2 untuk beli
Kertas
Marker
Alatan bantu mengajar
Pasu bunga
Cat mural
Langsir kelas
Alas meja
Skirting pelbagai meja
Sarung kerusi
Alas meja2 khas untuk VIP
Bunga
Batu untuk hiasan
Hadiah untuk murid untuk segala mak nenek pertandingan yang dianjurkan
Buat galeri pulak untuk sekolah

Jangan lupa setiap kali program sila hulur duit untuk pastikan program berjalan dengan havoc gitu...amacam? Sanggup??? Jangan lupa baju sedondon tau😀😀😀

Pastikan anda tidak berada dalam golongan yang KEDEKUT ye....baju kokurikulum tu kalau boleh tiap2 tahun kau beli baru tau maklumlah semua unit uniform ko terror 🙈🙈🙈

Ada lagi...
Pastikan juga anda sanggup untuk

Bekerja 24/7
Cuti sekolah anytime boleh panggil
Sabtu minggu 1 2 3 4 5 semua boleh datang ke sekolah tanpa gagal
Ada anak? Pastikan anda ada maid sebab anytime boleh tinggal
Kalau kelas tambahan pukul 7 pagi pun pastikan kau datang ye tiada alasan
Kalau ada meeting sampai 6 petang pun kau kena tunggu tau. Anak kat sekolah takpe nanti driver kau tolong ambikkan atau boleh jer pesan kat cikgu sekolah anak korang tolong jagakan😜
Amacam?

Tetiba tak cukup nafas nak menaip ni...kawan2 sila sambung

😁😁😁😁

#sayasukajadicikgu

Hari ni kena jahit langsir untuk program esok. Amacam boleh? Kalau kau rasa takleh buat kerja adhoc sila tanam dalam2 impian nak jadi cikgu ye

Saturday, January 26, 2019

TUTORIAL 7: MENAMBAH FOLDER E-TADBIR KE DALAM MY DRIVE

Tutorial pada kali ini, tentang menambah folder E-KOKO ke dalam My Drive untuk kemudahan guru -guru di samping mengurangkan penggunaan kertas sesuai dengan saranan Tuan Guru Besar. Semua dokumen berkenan PENGURUSAN akan di masukkan ke dalam Folder ini dan cikgu dapat akses maklumat berkaitan pengurusan hanya melalui telefon sahaja dan di mana sahaja. Kaedah ini juga di harap menyenangkan pihak pengurusan untuk EVIDEN jika diperlukan pihak berkenaan. Semoga bermanafaat.

1. CLICK E-KOKO dalam inbox google drive personal


2. click open

3. click share with me


4.click kanan pada E-KOKO dan Add to My Drive


5. folder E-KOKO akan berada dlm My Drive SENDIRI.. selesai..


* kaedah ini juga kita gunakan untuk menambah folder E-KURIKULUM, E-HEM dan E-TADBIR, Semoga bermanfaat

Friday, January 4, 2019

TUTORIAL 6: NYAHAKTIFKAN "quick access" DALAM GOOGLE DRIVE

MAKLUMAN Kepada semua guru yang menggunakan erph.
bila buka drive masing-masing.., pastikan....nyahaktifkan "quick access" tu.
Berkemungkinan guru akan delete fail-fail dalam "quick access" tu..
Bahaya tu kerana bila delete file dalam "quick access"..abis hilang FOLDER DAN FILE dlm Drive induk / Drive admin.

Fail dalam "quick access" ditunjukkan dalam gambar di bawah

 




Oleh itu tutorial ini akan menunjukkan cara untuk menghilangkan "view" quick access tersebut untuk menghalang daripada file penting terdelete.

1. Click setting




 







2. Buang tanda tick pada "Make relevent files handy when you need them in Quick Access (Page refresh required)" ---> click Done ---> siap











TUTORIAL 5: CARA GUNA ERPH DALAM TELEFON

STEP 1. Sila pastikan telefon cikgu telah di install google drive, google sheet, google docs dan google slides.

Google drive biasanya sudah di install secara default oleh kebanyakan telefon pintar. Manakala google sheet, google docs dan google slides perlu di install terlebih dahulu melalui aplikasi "Play Store"

Berikut adalah langkah-langkah install google sheet, google docs dan google slides pada telefon pintar anda.

1. Pastikan ada sambungan internet, buka aplikasi Play Store dalam telefon anda. Lihat gambar di bawah.





2. Taipkan 'google sheet' dalam kotak atas Play Store anda. Dan Install.


3. Ulang langkah 1 dan 2 untuk install google docs dan google slides. Ketiga-tiga aplikasi ini membolehkan kita menggunakan ERPH dengan lebih lancar di telefon pintar.

STEP 2: Google drive anda pada aplikasi telefon,  telah di sign in dengan akaun gmail yang ada erph anda. Siap.

Perhatian: 
Kena pastikan juga, setting siap-siap dahulu erph anda sebelum guna di telefon.
Kena buang dahulu subjek yang tidak perlu kerana penggunaan erph ditelefon perlukan intenet yang laju. Sila ikuti langkah utk membuang subjek yang tidak perlu.



Thursday, January 3, 2019

TUTORIAL 4: MEMBUANG SUBJEK YANG TIDAK DIGUNAKAN DI DALAM ERPH

Dalam eRPH yang diberikan oleh Admin kepada setiap guru mempunyai data yang banyak untuk di baca oleh sistem. Pada tapak eRPH kita, jika di click pada sheet 'RPT', kita akan dapati ada berbelas ribu data yang di masukkan disitu. Masalah sedikit bila Internet kita tidak STRONG bro.. ianya memakan masa yang lama untuk membuka tapak eRPH tersebut. TUTORIAL ini menerangkan cara untuk membuang subjek yang tidak digunakan di dalam tapak eRPH kita.

1. Seperti biasa masuk ke tapak eRPH kita, click pada sheet 'RPT'. 




2. klik filter kat penjuru subjek --> select All --> buang tanda ( / ) pada subjek yg cikgu ajar sahaja. contoh saya ajar subjek sains. klik ok.


 3. Select row dari no 2 hingga last.




4. klik kanan tetikus dan delete. maka akan wujud di setiap rph harian subjek sains sahaja.



5. Cara ini menjadikan penggunaan rph dalam telefon lebih ringan dan senang.

Maka akan wujud setiap rph yg kita mahukan sahaja.
Seperti di bawah.