TAB

Tuesday, February 19, 2019

Gurau Pagi.. Jangan Marah ye Cikgu Comel dan Gantang

Pengetua Mustapah:
utk y bercita2 mnjadi guru...

Kalau ada hajat nak jadi cikgu pastikan anda ada ciri-ciri seperti berikut:

Boleh menjahit
Boleh memasak
Boleh memandu
Boleh melukis
Boleh buat design
Boleh berlakon
Boleh menyanyi
Boleh jadi pengacara
Boleh jadi selamba badak
Boleh bersukan
Boleh bertukang
Boleh berkebun
Boleh beli hadiah,bungkus hadiah,atau buat sendiri hadiah tu kena ada juga kepakaran menyediakan hamper tau
Boleh melompat-lompat macam budak2 juga
Boleh guna teknologi kalau tak reti menaip ko surrender laa awal2 nanti menyusahkan orangπŸ™„

Pastikan juga anda mempunyai
Kereta
TAPI kalau ada MPV lagi bagus..kalau ada van atau bas laaaaagiiiii laaa bagus giler...lori pun okay what???πŸ™„
Laptop
Handphone
Line internet yang laju tanpa loading
Printer
Mesin laminate
LCD projektor
Mesin photostat
Lebihan pen atau pensel untuk bagi anak murid kesayangan(yang datang ke sekolah bawak body jerπŸ™„)

Dan kalau ada duit yang banyak pun lagi bagus boleh masuk tabung sekolah banyak2 untuk beli
Kertas
Marker
Alatan bantu mengajar
Pasu bunga
Cat mural
Langsir kelas
Alas meja
Skirting pelbagai meja
Sarung kerusi
Alas meja2 khas untuk VIP
Bunga
Batu untuk hiasan
Hadiah untuk murid untuk segala mak nenek pertandingan yang dianjurkan
Buat galeri pulak untuk sekolah

Jangan lupa setiap kali program sila hulur duit untuk pastikan program berjalan dengan havoc gitu...amacam? Sanggup??? Jangan lupa baju sedondon tauπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Pastikan anda tidak berada dalam golongan yang KEDEKUT ye....baju kokurikulum tu kalau boleh tiap2 tahun kau beli baru tau maklumlah semua unit uniform ko terror πŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆ

Ada lagi...
Pastikan juga anda sanggup untuk

Bekerja 24/7
Cuti sekolah anytime boleh panggil
Sabtu minggu 1 2 3 4 5 semua boleh datang ke sekolah tanpa gagal
Ada anak? Pastikan anda ada maid sebab anytime boleh tinggal
Kalau kelas tambahan pukul 7 pagi pun pastikan kau datang ye tiada alasan
Kalau ada meeting sampai 6 petang pun kau kena tunggu tau. Anak kat sekolah takpe nanti driver kau tolong ambikkan atau boleh jer pesan kat cikgu sekolah anak korang tolong jagakan😜
Amacam?

Tetiba tak cukup nafas nak menaip ni...kawan2 sila sambung

😁😁😁😁

#sayasukajadicikgu

Hari ni kena jahit langsir untuk program esok. Amacam boleh? Kalau kau rasa takleh buat kerja adhoc sila tanam dalam2 impian nak jadi cikgu ye

1 comment: