Orang positif, melihat banyak kebaikan dimana-mana..
Orang negatif, melihat banyak keburukan dimana-mana..
Orang pemarah, melihat banyak ketidakadilan dimana-mana..
Orang bijak, melihat banyak kebajikan dan peluang dimana-mana..
Orang bahagia, melihat banyak kegembiraan dimana-mana..
Orang susah, melihat banyak penderitaan dimana-mana..
Orang yang hatinya berlimpah banyak cinta,
Melihat ada banyak keindahan, syukur, cinta, dan kedamaian dimana-mana..
Ketahuilah bahawa semua orang didunia tetap mempunyai masalah atau dugaan atau ujian yang tersendiri, ia bergantung pada seseorang itu tentang bagaimana ia melihat masalahnya, dugaannya atau ujiannya sebagai sesuatu yang perlu ditukarkan kepada positif, sesuai dengan sebuah petikan ayat Quran surah Al Insyirah bahawa setiap kesukaran pasti akan disertai dengan kemudahan.
Kita tidak perlu lari dari masalah, kita perlu hadapi masalah tersebut dengan melihat sisi positif dan yang negatif untuk dijadikan pengalaman dan pengajaran hidup, kerana masalah itu penguat jiwa, ketabahan hati, dan menjadikan kamu lebih hebat dan kuat dalam menghadapi hari harimu.
Selalulah memandang dunia dengan mata hati yang penuh rasa syukur, membuat semua tampak indah dan membahagiakan, teruskan hidupmu yang hebat dengan penuh syukur, bahagia dan mendamaikan.
No comments:
Post a Comment