TAB

Thursday, February 28, 2019

Program Coaching & Mentoring TS25 oleh Rakan Elit TS25 SKC kepada School Leader Team (SLT) SKC

27 Feb 2019 (Rabu)
8.30 pagi - 01.00 ptg

C&M kpd :-
1. Ust. Mohd Fitri bin Ngah (GB)
2. Cg Alias Mamat (PKP)

Bimbingan berkenaan :-
PA21
PBD
Pembelajaran terbeza
PLC
Coaching & mentoring

Terima kasih atas bimbingan dan panduan  TS25 oleh :-

1. En. Zakaria bin Ibrahim sisc+ ppdkt

2. Pn. Yusnita bt Md Yunos sisc+ ppdkt

Sekian, Terima kasih.

Skring : Pencetus Generasi Terbilang


Wednesday, February 27, 2019

TUTORIAL 8: CARA HANTAR ERPH

Cara yang boleh digunakan untuk menghantar ERPH..

1) Untuk ERPH versi Zairi, Sudah di sediakan link penghantaran, link tersebut terdapat pada Sheet "KHAMIS"..Boleh rujuk gambar (nombor 1)
Cikgu sila lihat pada link >>>>>hantarerphtba3011<<<<< disediakan dibahagian atas sebelah kanan..
Boleh rujuk gambar. (nombor 2)


   2) Untuk versi DR SAGA pula cara penghantaran memerlukan cikgu mengingat link berikut : >>>>>gg.gg/hantarerphtba3011<<<<<
Sila buka browser seperti google chrome, mozila firefox ATAU internet explorer pada laptop kita.. dan taipkan 'gg.gg/hantarerphtba3011' seperti contoh dalam gambar di bawah


 Cikgu akan dapat masuk ke Borang Hantar E-RPH seperti gambar di bawah..
masukkan ic dan nombor minggu dan click SUBMIT


Untuk melihat hasil setelah cikgu Hantar Borang E-RPH tadi, cikgu bolehlah semak menggunakan link berikut : gg.gg/semakerphtba3011

* Antara icon browser yang biasa digunakan seperti gambar di bawah


Tuesday, February 19, 2019

Gurau Pagi.. Jangan Marah ye Cikgu Comel dan Gantang

Pengetua Mustapah:
utk y bercita2 mnjadi guru...

Kalau ada hajat nak jadi cikgu pastikan anda ada ciri-ciri seperti berikut:

Boleh menjahit
Boleh memasak
Boleh memandu
Boleh melukis
Boleh buat design
Boleh berlakon
Boleh menyanyi
Boleh jadi pengacara
Boleh jadi selamba badak
Boleh bersukan
Boleh bertukang
Boleh berkebun
Boleh beli hadiah,bungkus hadiah,atau buat sendiri hadiah tu kena ada juga kepakaran menyediakan hamper tau
Boleh melompat-lompat macam budak2 juga
Boleh guna teknologi kalau tak reti menaip ko surrender laa awal2 nanti menyusahkan orangπŸ™„

Pastikan juga anda mempunyai
Kereta
TAPI kalau ada MPV lagi bagus..kalau ada van atau bas laaaaagiiiii laaa bagus giler...lori pun okay what???πŸ™„
Laptop
Handphone
Line internet yang laju tanpa loading
Printer
Mesin laminate
LCD projektor
Mesin photostat
Lebihan pen atau pensel untuk bagi anak murid kesayangan(yang datang ke sekolah bawak body jerπŸ™„)

Dan kalau ada duit yang banyak pun lagi bagus boleh masuk tabung sekolah banyak2 untuk beli
Kertas
Marker
Alatan bantu mengajar
Pasu bunga
Cat mural
Langsir kelas
Alas meja
Skirting pelbagai meja
Sarung kerusi
Alas meja2 khas untuk VIP
Bunga
Batu untuk hiasan
Hadiah untuk murid untuk segala mak nenek pertandingan yang dianjurkan
Buat galeri pulak untuk sekolah

Jangan lupa setiap kali program sila hulur duit untuk pastikan program berjalan dengan havoc gitu...amacam? Sanggup??? Jangan lupa baju sedondon tauπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Pastikan anda tidak berada dalam golongan yang KEDEKUT ye....baju kokurikulum tu kalau boleh tiap2 tahun kau beli baru tau maklumlah semua unit uniform ko terror πŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆ

Ada lagi...
Pastikan juga anda sanggup untuk

Bekerja 24/7
Cuti sekolah anytime boleh panggil
Sabtu minggu 1 2 3 4 5 semua boleh datang ke sekolah tanpa gagal
Ada anak? Pastikan anda ada maid sebab anytime boleh tinggal
Kalau kelas tambahan pukul 7 pagi pun pastikan kau datang ye tiada alasan
Kalau ada meeting sampai 6 petang pun kau kena tunggu tau. Anak kat sekolah takpe nanti driver kau tolong ambikkan atau boleh jer pesan kat cikgu sekolah anak korang tolong jagakan😜
Amacam?

Tetiba tak cukup nafas nak menaip ni...kawan2 sila sambung

😁😁😁😁

#sayasukajadicikgu

Hari ni kena jahit langsir untuk program esok. Amacam boleh? Kalau kau rasa takleh buat kerja adhoc sila tanam dalam2 impian nak jadi cikgu ye

Saturday, January 26, 2019

TUTORIAL 7: MENAMBAH FOLDER E-TADBIR KE DALAM MY DRIVE

Tutorial pada kali ini, tentang menambah folder E-KOKO ke dalam My Drive untuk kemudahan guru -guru di samping mengurangkan penggunaan kertas sesuai dengan saranan Tuan Guru Besar. Semua dokumen berkenan PENGURUSAN akan di masukkan ke dalam Folder ini dan cikgu dapat akses maklumat berkaitan pengurusan hanya melalui telefon sahaja dan di mana sahaja. Kaedah ini juga di harap menyenangkan pihak pengurusan untuk EVIDEN jika diperlukan pihak berkenaan. Semoga bermanafaat.

1. CLICK E-KOKO dalam inbox google drive personal


2. click open

3. click share with me


4.click kanan pada E-KOKO dan Add to My Drive


5. folder E-KOKO akan berada dlm My Drive SENDIRI.. selesai..


* kaedah ini juga kita gunakan untuk menambah folder E-KURIKULUM, E-HEM dan E-TADBIR, Semoga bermanfaat

Friday, January 4, 2019

TUTORIAL 6: NYAHAKTIFKAN "quick access" DALAM GOOGLE DRIVE

MAKLUMAN Kepada semua guru yang menggunakan erph.
bila buka drive masing-masing.., pastikan....nyahaktifkan "quick access" tu.
Berkemungkinan guru akan delete fail-fail dalam "quick access" tu..
Bahaya tu kerana bila delete file dalam "quick access"..abis hilang FOLDER DAN FILE dlm Drive induk / Drive admin.

Fail dalam "quick access" ditunjukkan dalam gambar di bawah

 




Oleh itu tutorial ini akan menunjukkan cara untuk menghilangkan "view" quick access tersebut untuk menghalang daripada file penting terdelete.

1. Click setting




 







2. Buang tanda tick pada "Make relevent files handy when you need them in Quick Access (Page refresh required)" ---> click Done ---> siap











TUTORIAL 5: CARA GUNA ERPH DALAM TELEFON

STEP 1. Sila pastikan telefon cikgu telah di install google drive, google sheet, google docs dan google slides.

Google drive biasanya sudah di install secara default oleh kebanyakan telefon pintar. Manakala google sheet, google docs dan google slides perlu di install terlebih dahulu melalui aplikasi "Play Store"

Berikut adalah langkah-langkah install google sheet, google docs dan google slides pada telefon pintar anda.

1. Pastikan ada sambungan internet, buka aplikasi Play Store dalam telefon anda. Lihat gambar di bawah.





2. Taipkan 'google sheet' dalam kotak atas Play Store anda. Dan Install.


3. Ulang langkah 1 dan 2 untuk install google docs dan google slides. Ketiga-tiga aplikasi ini membolehkan kita menggunakan ERPH dengan lebih lancar di telefon pintar.

STEP 2: Google drive anda pada aplikasi telefon,  telah di sign in dengan akaun gmail yang ada erph anda. Siap.

Perhatian: 
Kena pastikan juga, setting siap-siap dahulu erph anda sebelum guna di telefon.
Kena buang dahulu subjek yang tidak perlu kerana penggunaan erph ditelefon perlukan intenet yang laju. Sila ikuti langkah utk membuang subjek yang tidak perlu.



Thursday, January 3, 2019

TUTORIAL 4: MEMBUANG SUBJEK YANG TIDAK DIGUNAKAN DI DALAM ERPH

Dalam eRPH yang diberikan oleh Admin kepada setiap guru mempunyai data yang banyak untuk di baca oleh sistem. Pada tapak eRPH kita, jika di click pada sheet 'RPT', kita akan dapati ada berbelas ribu data yang di masukkan disitu. Masalah sedikit bila Internet kita tidak STRONG bro.. ianya memakan masa yang lama untuk membuka tapak eRPH tersebut. TUTORIAL ini menerangkan cara untuk membuang subjek yang tidak digunakan di dalam tapak eRPH kita.

1. Seperti biasa masuk ke tapak eRPH kita, click pada sheet 'RPT'. 




2. klik filter kat penjuru subjek --> select All --> buang tanda ( / ) pada subjek yg cikgu ajar sahaja. contoh saya ajar subjek sains. klik ok.


 3. Select row dari no 2 hingga last.




4. klik kanan tetikus dan delete. maka akan wujud di setiap rph harian subjek sains sahaja.



5. Cara ini menjadikan penggunaan rph dalam telefon lebih ringan dan senang.

Maka akan wujud setiap rph yg kita mahukan sahaja.
Seperti di bawah.