TAB

Wednesday, July 31, 2019

MOTIVASI PENDIDIK GEMILANG.

1. Hormati org lain sebelum inginkn org lain menghormati kita.

2. Jangan tanya apa yg org lain buat, tanya apa yg patut kita buat.

3. Sentiasa mendengar pendapat org lain wp mungkin pendapat kita adalah betul.

4. Menjaga hubungan dengan org lain termasuk ibu bapa dlm sama2 mendidik ank2 didik kita.

5. Sentiasa bekerja dgn amanah.

6. Berniat untuk mendidik bukanlah untuk memandaikan. Namun, berusaha sedaya upaya meningkatkn prestasi murid kita.

Sekian.

Monday, July 22, 2019

WAJAH DUNIA DAN NASIB TERGANTUNG SIAPA YANG MEMANDANGNYA

Orang positif, melihat banyak kebaikan dimana-mana..
Orang negatif, melihat banyak keburukan dimana-mana..

Orang pemarah, melihat banyak ketidakadilan dimana-mana..
Orang bijak, melihat banyak kebajikan dan peluang dimana-mana..

Orang bahagia, melihat banyak kegembiraan dimana-mana..
Orang susah, melihat banyak penderitaan dimana-mana..

Orang yang hatinya berlimpah banyak cinta,
Melihat ada banyak keindahan, syukur, cinta, dan kedamaian dimana-mana..

Ketahuilah bahawa semua orang didunia tetap mempunyai masalah atau dugaan atau ujian yang tersendiri, ia bergantung pada seseorang itu tentang bagaimana ia melihat masalahnya, dugaannya atau ujiannya sebagai sesuatu yang perlu ditukarkan kepada positif, sesuai dengan sebuah petikan ayat Quran surah Al Insyirah bahawa setiap kesukaran pasti akan disertai dengan kemudahan.

Kita tidak perlu lari dari masalah, kita perlu hadapi masalah tersebut dengan melihat sisi positif dan yang negatif untuk dijadikan pengalaman dan pengajaran hidup, kerana masalah itu penguat jiwa, ketabahan hati, dan menjadikan kamu lebih hebat dan kuat dalam menghadapi hari harimu.

Selalulah memandang dunia dengan mata hati yang penuh rasa syukur, membuat semua tampak indah dan membahagiakan, teruskan hidupmu yang hebat dengan penuh syukur, bahagia dan mendamaikan.

KITA MEMUDAHKAN KERJA ORANG, ORANG AKAN MEMUDAHKAN KERJA KITA

Nasihat Pagi.

Kita memudahkan kerja orang, orang akan memudahkan kerja kita.

Namun, Allah swt akan mempermudahkan kerja di antara keduanya.

Tuan-tuan, dalam kita bekerja hendaklah mengamalkan sikap toleransi yang tinggi. Ketepikan ego masing-masing. Kadang-kadang kita melihat bilamana melibatkan kerja, ada di antara kita tidak ingin mengalah serta ego yg tinggi. Dalam dunia pendidikan hari ini, misalnya usahlah menunggu murid akan bertanya kita. Seharus kita berjiwa besar menanyakan permasalahan murid. Dengan mengamalkan sikap sedemikian, saya jamin dan hampir pasti murid-murid akan lebih dekat dengan kita dan lebih suka menceritakan masalahnya dengan kita.

Sekiranya kita sukar menyelesaikan masalah yang dihadapinya, dampingilah mereka dan setidak-tidaknya mendengar luahan mereka. Dengan itu, terserlah jiwa pendidik yg perlu ada baik ibu bapa, guru-guru dan warga pendidik yg lain.

Cubalah...inshaAllah, lama kelamaan jiwa ini melekat dan terasa manisnya menjadi seorang pendidik.

Ingat tuan-tuan

Monday, July 1, 2019

TUTORIAL 9: MENAMBAH SHEET HARI PADA ERPH

Baru baru ini, kita telah bercuti pada 10 jun 2019. Cuti tersebut ialah cuti yang di ambil sempena menyambut hari raya aidilfitri. Dan cuti itu di ishtiharkan sebagai cuti berganti.. iaitu kene ganti pada hari sabtu minggu berikutnya.. so kita sekolah pada hari sabtu.. macam mana dengan ERPH, sheet hari yang ada hanya ahad, isnin, selasa, rabu, khamis. Hari sabtunya mana??? Mende boleh adjust kita adjust lorrr.. jadi admin buat sedikit tutorial sambil makan rendang daging mak mertua. Kali ini tutorial kita try guna video pula.